Wednesday, February 11, 2009

Expression Of Pilot From The East.

Bercerita tentang "PiNk iS jAMbu",
ramai yang YM dengan wan,
wan pun minta pendapat tentang blog baru wan ni,
pendapat semua Alhamdulillah memberangsangkan,
cuma masih kosong disebabkan older post semua wan dah delete,
yang tinggal cuma post2 yang baru,

Seorang rakan yang mulanya happy-go-lucky,
tiba2 meluahkan perasaannya,
dia buntu tuk berkongsikan cerita & masalahnya,
tapi dia cuba mengakui tentang makna "PiNk iS jAMbu" itu sendiri,

Ketenangan yang ada padanya hanya sekadar plastic,
dia buntu dengan masalah sendiri,
walaupun dia cuba tuk jadi happy & bergurau senda,
siapa yang kenal wan dia tau wan ni gila tahap ke berapa,
hehe..

Cerita demi cerita diluahkan,
luahan hatinya hanya dapat didengar,
kalau ya pun wan boleh tolong,
wan sekadar boleh bagi advice je,
sebabnya yang menanggung adalah dia,
yang memahami perasaan dia sendiri adalah dia,
wan tak kan dapat settle kan masalahnya,
kecuali dia sendiri yang settle kan masalahnya itu sendiri,

Tapi mengharap pada orang yang baru dikenali adalah satu kesalahan,
disebabkan kita tak mengenali mereka dengan mendalam,
kita juga tak tahu apa yang mereka inginkan dari kita,
mungin sekadar kawan,kekasih atau sebagainya,
kita juga tak mengetahui tentang latar belakang mereka,
segalanya perlukan masa,
sebab nanti takut diri kita yang terluka,

Bagi wan,
dia kesunyian,
inginkan seseorang yang mengambil berat tentang dirinya,
yang boleh menyayangi dia,
tapi bila dia mengharap pada seseorang yang baru dikenalinya,
dia dipermainkan,

Lumrah dunia sesat,
semua manusia jadi lahanat,
tapi wan tak salahkan orang yang diharapkan itu,
kerana soal sebenar cuma mereka yang tahu,
mungkin kawan wan ni ada buat salah,
atau orang yang diharapkan tu cuma nak psico dia,
jawapan sebenar tiada siapa yang tahu,

Macam wan katakan pada dia,
segalanya ikut kata hati,
kalau hati kata nak memujuk,
pujuk lah dirinya,
kalau hati kata biar,
biarlah dia pergi,
kalau hati kata mati,
cuba cari kekuatan diri,
perjalanan kita masih jauh,
cuma lemah seketika,
bila kekutan itu tiba,
kita akan kembali ceria,

Wan pegang satu pepatah,
sebab wan suka mengalah,
ramai yang marah bila wan cuba mengalah,
kata mereka wan bodoh,
biarkan hak wan dipermainkan,
tapi ingat!!
MENGALAH TAK BERMAKNA KALAH,

Selalunya yang menang itu mencuri,
mungkin juga menipu tuk puaskan hati mereka,
tapi nanti,
mereka akan kena 10 kali lebih sakit dari apa yang wan rasa,
mereka akan tahu bagaimana rasa kehilangan,
mencari2 kehidupan,
hilang pelukan hangat,
tidur pula hanya sendiri,
sampai masa,
mereka sendiri akan mati dalam permainan mereka,
PERCAYALAH!!!..

0 comments: