Thursday, October 22, 2009

Seram Mentera..

Hai jin si hantu raya..
jin kuning..jin putih..
hantu raya si jembalang air..
mari sini datang ke mari..

datang ke mari aku pujamu..

Hantu raya jembalang angin..
aku tahu asal engkau..

makanan engkau telur ayam..

marilah ke sini makan benda-benda ini..


Hantu raya jembalang kuning..

mari bersahabat bersama aku..
mari datang menjadi diriku..

datang ta'at turut perintahku..


Hantu raya jembalang kuning..
merupa engkau datang padaku..

jangan engkau ingkar..
jangan engkau langgar perintahku..

jika engkau ingkar juga..

akanku buang engkau jauh ke laut......

~~~~~~~~:=:~~~~~~~~

Apa yang aku rasa?!..
setelah baca mentera hantu raya..
berdiri tegak bulu roma?
paranoya dengan persekitaran tempat aku berada?
ya..itu yang aku rasa!!

Tapi..apa yang kau rasa?!..
sama seperti aku?
atau kau hanya tersenyum simpuh..
mahupun kau biasa tiada rasa?
jika ya!
kau manusia yang tiada perasaan!!..

Tenungkan..renungkan..
nenek moyang kita..
mungkin orang sekeliling kita..
menggunakan mentera..
membela hantu dan sebagainya..
untuk menolong mereka bekerja..
membantu mereka menjaga keturunan mereka..
hingga ke mencuri untuk kesenangan mereka..

Apa yang kau fikir?
adakah ini logik atau sekadar rekaan semata?
syirik dalam aliran agama..
tapi realitinya..??
hanya mereka yang bersahabat dengannya sahaja yang tahu..

Kata orang-orang tua..
makhluk ini dibela untuk membantu tuannya bekerja..
menjaga segala keturunan tuannya..
tapi....

Makhluk ini akan memakan tuannya sendiri..
isteri tuannya..
juga orang sekeliling tuannya..

Bak kata pepatah 'Bagi betis nak peha!'..
mungkin tuannya hanya memberi telur ayam sebagai makanannya..
tapi..
sebagai makhluk yang boleh berupa..
ada juga cerita-cerita yang mengatakan..
makhluk ini berupa seperti tuannya dan bersetubuh dengan isteri tuannya itu..
bayangkanlah..
betapa jijiknya..

Tapi ada yang lebih dan paling menakutkan tentang makhluk ini..
ada yang kata..
jika tidak diberi makan..
makhluk ini akan memberontak inginkan darah..
lalu membunuh manusia sekeliling tuannya..

Dan paling menyedihkan..
makhluk ini takkan melepaskan tuannya ke alam barzakh..
walaupun tuannya bagai jasad tidak bernyawa..
tapi..
jasad tuannya masih menderita di dunia dengan nyawa masih padanya..

Kata orang..
perlu dibuka bumbung biar jasad melihat langit..
ada juga yang kata..
perlu diturunkan pada anak atau kaum keluarga terpilih..
untuk menjadi tuan baru makhluk ini..
jika tidak..
jasad tuannya bagai mayat bernyawa hingga tuan barunya muncul tiba!

Fikir-fikirkanlah..
bagi aku..
ia hanya cerita yang aku ingin berkongsi dengan kau dan mereka semua..
apa pula yang rasa?
itu hak masing-masing tuk menerimanya..

Dengan penuh persoalan,
akulah si AWAN..

sekian..

Wednesday, October 21, 2009

Awan Kini Kembali?!..

Kadang-kadang aku terfikir..
mereka..
dia..
atau mungkin kau sendiri..
ternanti-nanti..
sesawang ini dikemaskini..

Aku hanya manusia biasa..
yang sibuk dengan rutin harian..
melayan karenah diri..
malas..
bosan..
untuk..
mengemaskini sesawang ini..

Tapi aku lupa..
tentang kau..
mereka..
dan dia..
yang selalu menjenguk ke sini..
untuk membaca tentang KITA semua..

Satu ungkapan yang aku ingin tekankan..
sesawang ini bukan sekadar cerita tentang si AWAN..
tapi..
tentang KITA semua..
yang aku tonton..
dengar..
dan mungkin aku sendiri hadapi..
dan di sini aku berkongsi..

Kini hampir tiga bulan setengah..
sesawang ini sepi..
suram tanpa khabar berita..
tentang KITA..

Tapi..
dia..
mereka..
dan kau sendiri..
selalu mengingatkan aku..
memarahi aku..
mendesak aku..
untuk bercerita..
tentang KITA semua di sini..

Kini si AWAN cuba kembali..
mengemaskini..
tentang cerita suka dan duka..
bukan saja tentang cerita si AWAN..
tapi tentang cerita KITA semua!

Hanya tunggu dan lihat..
perubahan yang akan terjadi..
di sesawang ini..

Mungkinkah akan di PADAM..
hilang terus dari dunia maya ini..
atau..
si AWAN akan selalu berkongsi cerita?

APA yang kau inginkan?
PADAM atau TERUSKAN?

sila tinggalkan komen untuk soalan di atas..
untuk si AWAN mempertimbangkannya..

Dengan penuh kerinduan..
akulah si AWAN..

sekian..

Tuesday, October 20, 2009

Akan Bermula aktif Semula??


NANTIKAN KEDATANGANNYA!!!