Sunday, December 20, 2009

Penagih Menagih Ketagih Ditagih..

APA YANG KAU FIKIR?
ADAKAH SAMA SEPERTI APA YANG AKU FIKIR?
BAGAIMANA DENGAN MEREKA?
APA MEREKA SAMA SEPERTI YANG KAU FIKIR ATAU APA YANG AKU FIKIR?


Penagih DADAH?

Menagih DADAH?

Ketagih DADAH?

Yang ditagihnya DADAH?


Kenapa perlu kau sempitkan minda?
mengapa juga harus dia berfikiran begitu?
serupa juga dengan apa yang mereka semua fikir!!
juga mentaliti kita..
kenapa harus begitu?

Bukankah kau juga penagih?
sama seperti mereka yang sibuk menagih..
si dia pula asyik ditagih..
aku pula ketagih..
sebenarnya semua juga sama!!

Kau menidakkan reliti yang ingin aku huraikan?
atau kau mengangguk tanda setuju?
disebabkan apa yang aku kata?
atau kau tak faham apa yang aku bicara?

Kalau kau penagih DADAH?
kalau dia menagih DADAH ?.
kalau mereka ketagih DADAH?
mahupun DADAH ditagih kita..
itu hak peribadi semua..

Tapi..
apa yang aku ingin katakan..
aku,dia dan mungkin mereka juga kau..
kita adalah sama...
kita...........


Penagih CINTA!!

Menagih CINTA!!

Ketagih CINTA!!

Ditagih CINTA!!


Adakah aku salah?
atau kau yang tersalah?
menidakkan realiti..
menyimpan sendiri rahsia hati?!
untuk di bawa ke mati?!

Hei kawan..
berpijaklah di bumi nyata!
cinta itu indah walau kau disakiti kerana cinta!!
cermin lah diri..

Kau terimalah hakikat!
kau adalah penagih!!
mereka menagih!
aku ketagih..
dan kita juga ditagih!!!!!

Bagi mereka penagih CINTA..
kau manusia terhebat!!

Si dia yang menagih CINTA..
pastikan dirinya juga tagih CINTAmu!

Yang aku pula ketagih CINTA..
ini kerana CINTAku masih kuat padanya..

Bagi kita yang ditagih CINTA!!
Pastikan CINTA itu tidak di siakan..

Hei..
yang telah dan sedang pun berCINTA..
hargai CINTA itu dan jangan menduakannya..
jika kau mlakukannya..
kau manusia keji berhati buaya!!!

Tapi..
bagi mereka semua..
juga kau sendiri..
aku menegaskan di sini..

Janganlah kau menjadi penagih seks tegar!!
di badan kau penyakit akan menular..

Jangan biarkan aku menagih simpati..
kerana aku hanya akan mengeruhkan keadaan lagi!!

Jangan pula mereka ketagih CINTA dirinya yang telah berpunya..
masalah akan timbul dan mereka akan terkena semula berkali2 ganda!

dan untuk si dia jangan ditagih CINTA yang tak pasti..
kerana dirimu juga hatimu akan disakiti..

Untuk kau,dia dan mereka semua..
aku hanyalah berkongsi apa yang aku rasa..
selebihnya..terserah sahaja pada semua..

Dari seorang penagih yang menagih lalu ketagih juga ditagih..
Akulah Si AWAN!

sekian..