Monday, February 22, 2010

Perjalanan Realiti..

Hari itu..
aku berjalan sendirian..
menongkah arus perjalanan..
waktu puncak kesesakkan manusia..
yang ingin pulang ke rumah mereka..

Si pekerja kolar biru..
lemah longlai berjalan tuk pulang..
setelah seharian..
dicaci dimaki..
bergelumang dengan kerja yang tak akan pernah habis..

Remaja yang berpakaian sekolah..
senyum mesra sambil berpegangan tangan..
senda gurau buat aku tak hirau..
setakat cinta monyet..
segalanya indah..

Kesesakkan manusia buat aku rimas..
suara mereka buat aku bingit..
kenderaan selalu buat aku cemas..
bunyi dan asap buat aku sakit..
inilah lumrah dunia..
suasana di rumah buat aku lebih tenang..

Ketika ini..
beberapa hari lagi..
tibanya Tahun Baru Cina..
bagi mereka..
yang mengganut agama buddha..
inilah masa mereka..
sebelum pulang ke kampung..
tuk membeli keperluan..
tuk meraikan hari perayaan mereka..

Mata aku melilau..
melihat kesibukkan kota..
melihat warganegara lain memanjat..
membina banggunan yang gah..
untuk Malaysia..
berhempas pulas bekerja..
tuk memelihara keluarga dan dirinya..
juga tuk bersuka ria bersama teman mereka..
yang pasti..
mereka bekerja..
dan itu adalah duit titik peluh mereka!..

Dari jauh aku terlihat..
seorang nenek tua..
berbangsa cina..
duduk bersimpuh di tepi tangga..
terperuk dalam kesesakkan manusia..
menghulurkan mangkuk..
mengharap simpati..

Hati aku terdetik..
mana keluarga dia??
anak-anaknya mana?
sampai sanggup biarkan dia..
meminta simpati manusia hipokrit..

Aku mengelamun..
sedih sebak..
terfikir akan nasibnya..
tuk hari-hari mendatang..

Aku mula berimaginasi..
bagaimana dia ingin meraikan?
hari perayaan yang akan menjelma??
akankah dia terpuruk bisu?
tanpa ada makan besar?
mahupun angpow walau syiling sepuluh sen..
bukankah itu wajib tuk Tahun Baru Cina?

Aku tersedar dari lamunan..
seorang sekuriti..
melayu..
menyentapkan aku..
dengan muka sinis..
dengan nada kasar..
"ini bukan kawasan duduk..bangun-bangun!!"
aku bangun..
lalu terpacul di mulut aku..
"Budi bahasa Budaya Kita!!"
lalu aku beredar dari situ..

Dalam perjalanan pulang..
aku masih terfikir tentang nasibnya..

Tapi aku terfikir pula..
apakan jadi dengan nasibku kelak..

dari seorang pemerhati dunia..
Akulah Si AWAN!

0 comments: