Friday, March 5, 2010

Tunas Ganas..

Cerita ini cerita lama..
telah lama aku simpan..
dalam kotak fikiran..
sekadar menunggu masa..
tuk aku berkongsi cerita..
meluahkan rasa..
menyusun kata..

Masa ini..
kilat sambar menyambar..
langit suram..
kuning..
gelap..
angin bertiup ganas..
bagai ribut ingin datang..
cuaca kini tidak menentu..
mungkinkah salah kita?

Beberapa minggu lalu..
ketika bersama dengan ibu aku..
duduk minum dan makan di gerai..
aku geleng kepala..
dengan persekitaran..

Dunia kini jauh berbeza..
dulunya makcik2 yang suka mengata..
tapi kini..
pakcik2 yang duduk di warung kopi..
sibuk menganyam ketupat dengan rapi..
membuat dosa..
terlupa dengan kubur yang sibuk kata "mari"..

Aku hanya mendengar..
cerita demi cerita sampai ke telinga..
hinggalah cerita tentang tunas kita..
anak2 jiran kami semua..
tentang anak2 Malaysia..

Alahai dunia..
aku tersentak dengan 1 cerita..
seorang anak kecil..
perempuan..
mengelar tangan abangnya..
hingga mendapat beberapa jahitan..

Kisahnya kerana gurauan..
si abang yang sering mengusik..
di dendam oleh si adik..
bermula dengan tawa..
habisnya dengan tangisan..

Kata mereka..
si budak perempuan itu..
penuntut silat..
kebanyakkan penuntut..
memang sukar tuk menahan marah..
jika marah naik kepala..
semuanya lupa..

Entah lah..
jangan kerana salah didik..
ilmu persilatan yang di tunding..

Aku kata salah dia..
dia si ibunya..
kerana penceraian..
anak2 terabai..

Fikir2kan lah..
aku juga dari keluarga yang goyah..
tapi aku beruntung..
kerana aku anak emas..
semua keluarga aku sayangkan aku..

Dari aku pendengar cerita..
Akulah Si AWAN!