Thursday, April 29, 2010

Kita Manusia Biasa..

Lama..
sudah lama..
sesawang ini tidak dikemaskini..
pening buat aku runsing..
rimas buat aku malas..
jadilah berhabuk sampai buat aku batuk..

Selamat pagi untuk aku..
pagi buta..
jam menunjukkan pukul 4..
mata terkebil2 tak mahu lelap..

Hari ini aku sendiri..
sendirian di rumah..
buat aku bosan..
buat aku fikir yang bukan2..

Mata nak terlelap..
tapi otak fikir ke lain..
jantung berdegup kencang..
perasaan bercampur-baur..
terfikirkan orang yang telah meninggal..
buat aku takut..
buat aku tak tidur..
Al-Fatihah aku berikan..

Petang tadi..
teh tarik yang aku teguk..
buat aku rasa teruk..

Entah kenapa..
bagai aku tidak sihat..
seperti ada askar berkuda..
berperang..
mengejar musuh..
di dalam badan aku..
dari perut naik ke kepala..
perut tak sedap..
kepala berat bagai udara terkedap..
angin agaknya..

Mungkinkah kerana kau?
atau dia??
mungkin juga kerana mereka??
menyumpah aku..
atau memuja guna2..
buat aku sakit..
buat aku terbuka hati..
tuk menulis lagi?

Maaflah..
sebab sesawang ini bersawang..
kerana aku seperti kau juga..
tak selalu rajin menaip..
tak selalu rajin berkongsi..

Banyak lagi hal yang lain..
banyak lagi sebab yang lain..
banyak lagi kerja yang lain..

Hmm..
entah apa yang aku bebelkan..
otak aku berat..
aku tak cukup rehat..
haruslah aku memaksa mata..
tuk lelap..
tuk tidur..

Aku sama seperti kau..
adanya masa malas..
ada masa otak lembab..
ada juga masa kreatif..
kita tetap sama..
duduk di bawah awan..
yang ada mendung dan cerahnya..

Kita Manusia Biasa..

Dari Aku Manusia Biasa..
Akulah Si AWAN!

1 comments:

Afzainizam said...

~~~@@@~~~
” Salam dihulur salam sejahtera,
Pemanis kata pembuka bicara;
Dari Blog kami bercerita,
Untuk tatapan sahabat semua”
~~~@@@~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…