Saat ini aku sepi..
Dalam kegelapan malam..
Termenung melihat siling..
Mendengar deruan angin kipas..
Aku cuba memikirkan sesuatu..
Tentang diri aku, dia, dan mereka..
Tentang kita semua!
Kita manusia biasa!
Tiada yang berbeza kecuali darjat dan harta..
Tapi setiap pagi..
Kita akan menjadi hamba pada kerja..
Tapi malam hari..
Kita akan menjadi hamba pada diri..
Tapi!
Bila masanya masa untuk kita semua?
Merehatkan minda..
Merehatkan tubuh..
Bergurau senda sesama kita..
Adakah kita robot?
Yang akan mengharunginya setiap detik..
Tanpa kata mahupun bicara..
Kita Lumpuh di tengah kota..
Walau lari ke desa..
Percayalah!
Buntu dibuatnya!
Apa yang aku ingin sampaikan sebenarnya??
Tepuk dada, Tanya selera!
Aku cuba menyampaikannya..
Akulah si Awan!
Tuesday, January 29, 2013
Lumpuh Kuala Lumpur..
Posted by ..zwAnzAwAn.. at 11:56 PM 1 comments
Friday, June 15, 2012
Suara Kamu!! Ya.. Kamu!
Kini telah bertahun..
Bertahun sesawang ini ditinggalkan bersawang..
Dan kini masa tidak lagi seperti waktu dulu..
Yang dulu aku gembira..
Yang dulu aku sedih..
Yang dulu hanya dulu..
Hari ini aku mungkin telah berjaya..
Berjaya mengharungi kehidupan yang lebih baik..
Tidak seperti dulu..
Yang hanya mengikut kata..
Tunduk bagai hamba..
Tuhan punya kuasa..
Kita hanya mampu meminta..
Doa itu bukan sekadar kata biasa..
Seperti ayat prosakata dalam kamus bahasa..
Tapi aku muskil..
Kenapa aku?
Tapi bukan kamu??
Hahh..Abaikan saja apa yang aku kata!
Hanya luahan rasa yang tiada siapa akan faham!
Tapi kamu.. Suara kamu!! Ya.. Kamu!!
Kuat memanggil aku untuk menulis..
Meluahkan rasa..
Menyampaikan berita..
Terima Kasih kepada kamu semua!
Kerana menerima coretan yang tak
seberapa..
Mengikuti luahan yang tah apa-apa..
Tapi aku ikhlas..
Ikhlas dari hati..
Berterima Kasih di atas segalanya..
Akulah si Awan!
Posted by ..zwAnzAwAn.. at 1:15 AM 0 comments
Wednesday, March 14, 2012
Monday, June 28, 2010
Biarkan Aku..
Posted by ..zwAnzAwAn.. at 3:16 PM 1 comments
Thursday, April 29, 2010
Kita Manusia Biasa..
Posted by ..zwAnzAwAn.. at 4:08 AM 1 comments
Friday, March 5, 2010
Tunas Ganas..
Posted by ..zwAnzAwAn.. at 3:19 PM 2 comments
Tuesday, February 23, 2010
Cermin Kita..
Posted by ..zwAnzAwAn.. at 5:46 PM 0 comments