Wednesday, October 21, 2009

Awan Kini Kembali?!..

Kadang-kadang aku terfikir..
mereka..
dia..
atau mungkin kau sendiri..
ternanti-nanti..
sesawang ini dikemaskini..

Aku hanya manusia biasa..
yang sibuk dengan rutin harian..
melayan karenah diri..
malas..
bosan..
untuk..
mengemaskini sesawang ini..

Tapi aku lupa..
tentang kau..
mereka..
dan dia..
yang selalu menjenguk ke sini..
untuk membaca tentang KITA semua..

Satu ungkapan yang aku ingin tekankan..
sesawang ini bukan sekadar cerita tentang si AWAN..
tapi..
tentang KITA semua..
yang aku tonton..
dengar..
dan mungkin aku sendiri hadapi..
dan di sini aku berkongsi..

Kini hampir tiga bulan setengah..
sesawang ini sepi..
suram tanpa khabar berita..
tentang KITA..

Tapi..
dia..
mereka..
dan kau sendiri..
selalu mengingatkan aku..
memarahi aku..
mendesak aku..
untuk bercerita..
tentang KITA semua di sini..

Kini si AWAN cuba kembali..
mengemaskini..
tentang cerita suka dan duka..
bukan saja tentang cerita si AWAN..
tapi tentang cerita KITA semua!

Hanya tunggu dan lihat..
perubahan yang akan terjadi..
di sesawang ini..

Mungkinkah akan di PADAM..
hilang terus dari dunia maya ini..
atau..
si AWAN akan selalu berkongsi cerita?

APA yang kau inginkan?
PADAM atau TERUSKAN?

sila tinggalkan komen untuk soalan di atas..
untuk si AWAN mempertimbangkannya..

Dengan penuh kerinduan..
akulah si AWAN..

sekian..

1 comments:

Kedai Makanan Kucing said...

sy seorg yg tdk suka menulis, ttp penulisan org lain mampu memberi sedikit smgt & pdgan. Teruskan berkarya utk insan2 spt sy.

terima kasih