Thursday, October 22, 2009

Seram Mentera..

Hai jin si hantu raya..
jin kuning..jin putih..
hantu raya si jembalang air..
mari sini datang ke mari..

datang ke mari aku pujamu..

Hantu raya jembalang angin..
aku tahu asal engkau..

makanan engkau telur ayam..

marilah ke sini makan benda-benda ini..


Hantu raya jembalang kuning..

mari bersahabat bersama aku..
mari datang menjadi diriku..

datang ta'at turut perintahku..


Hantu raya jembalang kuning..
merupa engkau datang padaku..

jangan engkau ingkar..
jangan engkau langgar perintahku..

jika engkau ingkar juga..

akanku buang engkau jauh ke laut......

~~~~~~~~:=:~~~~~~~~

Apa yang aku rasa?!..
setelah baca mentera hantu raya..
berdiri tegak bulu roma?
paranoya dengan persekitaran tempat aku berada?
ya..itu yang aku rasa!!

Tapi..apa yang kau rasa?!..
sama seperti aku?
atau kau hanya tersenyum simpuh..
mahupun kau biasa tiada rasa?
jika ya!
kau manusia yang tiada perasaan!!..

Tenungkan..renungkan..
nenek moyang kita..
mungkin orang sekeliling kita..
menggunakan mentera..
membela hantu dan sebagainya..
untuk menolong mereka bekerja..
membantu mereka menjaga keturunan mereka..
hingga ke mencuri untuk kesenangan mereka..

Apa yang kau fikir?
adakah ini logik atau sekadar rekaan semata?
syirik dalam aliran agama..
tapi realitinya..??
hanya mereka yang bersahabat dengannya sahaja yang tahu..

Kata orang-orang tua..
makhluk ini dibela untuk membantu tuannya bekerja..
menjaga segala keturunan tuannya..
tapi....

Makhluk ini akan memakan tuannya sendiri..
isteri tuannya..
juga orang sekeliling tuannya..

Bak kata pepatah 'Bagi betis nak peha!'..
mungkin tuannya hanya memberi telur ayam sebagai makanannya..
tapi..
sebagai makhluk yang boleh berupa..
ada juga cerita-cerita yang mengatakan..
makhluk ini berupa seperti tuannya dan bersetubuh dengan isteri tuannya itu..
bayangkanlah..
betapa jijiknya..

Tapi ada yang lebih dan paling menakutkan tentang makhluk ini..
ada yang kata..
jika tidak diberi makan..
makhluk ini akan memberontak inginkan darah..
lalu membunuh manusia sekeliling tuannya..

Dan paling menyedihkan..
makhluk ini takkan melepaskan tuannya ke alam barzakh..
walaupun tuannya bagai jasad tidak bernyawa..
tapi..
jasad tuannya masih menderita di dunia dengan nyawa masih padanya..

Kata orang..
perlu dibuka bumbung biar jasad melihat langit..
ada juga yang kata..
perlu diturunkan pada anak atau kaum keluarga terpilih..
untuk menjadi tuan baru makhluk ini..
jika tidak..
jasad tuannya bagai mayat bernyawa hingga tuan barunya muncul tiba!

Fikir-fikirkanlah..
bagi aku..
ia hanya cerita yang aku ingin berkongsi dengan kau dan mereka semua..
apa pula yang rasa?
itu hak masing-masing tuk menerimanya..

Dengan penuh persoalan,
akulah si AWAN..

sekian..

Wednesday, October 21, 2009

Awan Kini Kembali?!..

Kadang-kadang aku terfikir..
mereka..
dia..
atau mungkin kau sendiri..
ternanti-nanti..
sesawang ini dikemaskini..

Aku hanya manusia biasa..
yang sibuk dengan rutin harian..
melayan karenah diri..
malas..
bosan..
untuk..
mengemaskini sesawang ini..

Tapi aku lupa..
tentang kau..
mereka..
dan dia..
yang selalu menjenguk ke sini..
untuk membaca tentang KITA semua..

Satu ungkapan yang aku ingin tekankan..
sesawang ini bukan sekadar cerita tentang si AWAN..
tapi..
tentang KITA semua..
yang aku tonton..
dengar..
dan mungkin aku sendiri hadapi..
dan di sini aku berkongsi..

Kini hampir tiga bulan setengah..
sesawang ini sepi..
suram tanpa khabar berita..
tentang KITA..

Tapi..
dia..
mereka..
dan kau sendiri..
selalu mengingatkan aku..
memarahi aku..
mendesak aku..
untuk bercerita..
tentang KITA semua di sini..

Kini si AWAN cuba kembali..
mengemaskini..
tentang cerita suka dan duka..
bukan saja tentang cerita si AWAN..
tapi tentang cerita KITA semua!

Hanya tunggu dan lihat..
perubahan yang akan terjadi..
di sesawang ini..

Mungkinkah akan di PADAM..
hilang terus dari dunia maya ini..
atau..
si AWAN akan selalu berkongsi cerita?

APA yang kau inginkan?
PADAM atau TERUSKAN?

sila tinggalkan komen untuk soalan di atas..
untuk si AWAN mempertimbangkannya..

Dengan penuh kerinduan..
akulah si AWAN..

sekian..

Tuesday, October 20, 2009

Akan Bermula aktif Semula??


NANTIKAN KEDATANGANNYA!!!

Saturday, June 20, 2009

Setibanya Masa Itu.

Masa bagai air,
walau setitis ia menitik,
hanya sesaat terus mengalir,

Dia seperti tidak sedar,
dirasanya masa itu bagai nan dulu,
boleh dipermain,
boleh dipijak,
boleh disuruh,
dan boleh dipaksa,

Masa menyedarkan aku,
dia hanyalah dia,
dia yang dulu,
dan tak pernah berubah,

Bukan tidak dicuba untuk berubah,
tapi masa mengubahnya menjadi lebih dari dulu,
lebih baik?
mungin..
untuk seketika dulu,
lebih kejam?
ya!
mungkin dia dah cuba bermula,

Langkahnya pantas,
tapak jejaknya dipadam,
bagai ada yang ingin disembunyi,

Dia mungkin tak percaya,
adanya manusia punya indera yang lain,
punya naluri yang benar,
ada kata hati yang betul,
tapi dia takut,
bila kebenaran berbukti,

Dia mungkin lupa!
aku salah seorang dari manusia itu!!
dan indera itu kuat,
mengatakan dia but begitu..

Aku bagai ingin mengikut kata hati,
tinggalkan dia,
biarkan dia,
tapi mulut mungkin benar!
AKU CINTA DIA!!

Cuma satu aku tahu,
masa itu akan ada kebenarannya,
masa itu akan tiba,
dan bila setibanya masa itu,
mungkin dia,
aku,
dan semuanya,
hanya mengikut takdir,
menahan sebak kehilangan,
kesunyian,
dan keseorangan.

Friday, June 12, 2009

Bengang!!!

Aku bosan dengan cintamu,
Aku rasa buang masa,
Kau selalu mendustakan..
Cintaku..

Aku fikir kau tak searus,
Lebih baik ku beralih,
Biarkan diriku,
Terus bersendiri,

Ku tak sanggup engkau setia,
Walau jasad & juga nyawa,
Sebagai tanda,
Cintamu padaku..
Katamu..

[Zwan]
Tak mungkinku percaya..
Kata-kata yang penuh dusta,
Hanyalah bibir berkata,

Yang memilukan..
Menambah BENGANG rasa hampa,
Terus tinggal diriku..
Terasa..

Cukup berkali kau berkata,
Jangan diulang lagi dusta,
Jangan kau pujuk..
Hati yang terluka..

Tak mungkin akan ku kembali,
Jika janji sekadar mimpi,
Tak mungkin aku..
Sanggup bersama denganmu..

[Ulang Zwan]

Setiap liku diserang pilu,
Setiap liku teringat janjimu,
Ooohhh.. caramu..

Akanku teruskan..
Hidupku oohh..
Tanpamu..

[Ulang Zwan]

Thursday, June 4, 2009

Mungkinkah Segalanya Sempurna?

Bila aku termenung,
Terlalu banyak yang direnungkan,
Bila cuba berbicara,
Tiada siapa peduli apa yang aku katakan,
Bila aku berduka mereka kata kenapa?
Tapi aku rasa mereka cuma ada mulut celaka,

Bila aku kata aku cinta,
Mereka kata memang aku bercinta,
Bila aku sedar,
Cinta bukan senang tuk dipegang,
Bila aku cuba tuk memegang,
Cinta itu rapuh bak kaca berderai,

Bila aku cuba kata sayang,
orang yang aku sayang bagai biar aku seorang,
Bila aku kata aku benci,
Ramai pula lalat yang menghurungi,
Bila aku kata jangan,
Dia bagai pekak tuli telinganya,
Bila aku buat,
Cepat saja pujuk rayunya,
Bila mereka yang buat,
Siaplah saja diri mereka,

Bagi aku alah bisa tega biasa,
Tapi mereka kata dia bukan orangnya,
Lantaklah apa yang mereka kata,
Cuma dia salah pada caranya,

Kadang-kadang aku bosan,
Perangai yang buat aku sakit,
Disuruh ini dikata malas,
menyuruh pula harus segera dibalas,

Aku tahu aku cinta dia,
Tapi kenapa aku bagai digunakannya?
Adakah kerana malasnya aku berkerja?
Tapi aku tak meminta
,
Aku sedih kerana aku......

BAGAI TIADA SESIAPA BAGI DIRINYA......

Friday, May 22, 2009

Meniti Hari Sedih?

Kadang2 kita tak tahu apa yang kita buat,
tapi kadang2 bila kita terfikir dengan apa yang dah kita buat,
masa kita fikir tu sebenarnya semua dah terlambat,
for me wan banyak sangat menyusahkan orang lain,
nak2 orang sekeliling wan,
my friend..
my lover..
my pet bro..
semua orang lahhh...

but lately..
when my lover
da berjaya sikit,
wan cuma tahu menyusahkan hidup dia..
macam tu juga dengan my family,
wan sendiri tak tahu apa yang wan nak sebenarnya dengan hidup ni..

for me apa yang wan dah buat tuk mereka mencukupi,
tapi hakikatnya sekadar di pinggiran!!
cuma membantu sekadar angin lalu,
tapi menyusahkan bagai hujan membanjiri taman..

wan tau ramai yang nak membantu,
bukan seorang tapi ramai yang risaukan wan..
yang bagai biskut ni,
tapi bagi wan sendiri lagi senang sebab wan payah nak cerita apa yang wan rasa.
sebabnya wan sendiri tahu..
wan bukan manusia yang perfect!

salah tetap salah..
masa bagai nak di undur tapi wan tak sehebat itu.
wan tahu TUHAN buat semua ni ada sebabnya!
tapi kenapa wan masih di takuk itu?
kenapa wan susah nak menjenguk realiti??

dalam masa yang sama wan bersalah dengan kawan wan ni..
yang cadangnya nak mendirikan rumahtangga.
tapi salah "pompuan" tu juga!
nak memaki hamun family wan sebab tunang dia rapat dengan family wan..
helloo!!!!tunang cik puan tu dari sekolah lagi rapat with my family ok!
kena la maki balik..
tapi wan tak maki kasar2..
sekadar cakap baik2 tapi dia yang mula cakap bukan2..
laki mane boleh tahan kena cabar kan!
sape tak naik hantu!!
hhmmmmm...

tapi wan cuba mengerti apa erti hidup dalam kamus hidup wan..
masalah demi masalah timbul..
bagi yang dah kenal tahu lah wan cam mana kan!!!
hilang itu masalah!
tapi yang sememangnya wan hilang sebab wan suka bersendiri..
wan susah nak berkongsi..
sebab bagi wan kongsi ni sebenarnya masalah..

hmm..
tah lah..
berserah takdir je lah..
apa pun wan sayang semuanya..
tak nak hilang seinci pun..
walaupun realitinya wan sekadar menumpang!