Tuesday, January 29, 2013

Lumpuh Kuala Lumpur..

Saat ini aku sepi..
Dalam kegelapan malam..
Termenung melihat siling..
Mendengar deruan angin kipas..

Aku cuba memikirkan sesuatu..
Tentang diri aku, dia, dan mereka..
Tentang kita semua!
Kita manusia biasa!
Tiada yang berbeza kecuali darjat dan harta..

Tapi setiap pagi..
Kita akan menjadi hamba pada kerja..

Tapi malam hari..
Kita akan menjadi hamba pada diri..

Tapi!
Bila masanya masa untuk kita semua?
Merehatkan minda..
Merehatkan tubuh..
Bergurau senda sesama kita..

Adakah kita robot?
Yang akan mengharunginya setiap detik..
Tanpa kata mahupun bicara..
Kita Lumpuh di tengah kota..
Walau lari ke desa..
Percayalah!
Buntu dibuatnya!

Apa yang aku ingin sampaikan sebenarnya??
Tepuk dada, Tanya selera!

Aku cuba menyampaikannya..
Akulah si Awan!



1 comments:

saka camprung said...

sangat menarik dan sangat bermanfaat mas bro :D
salam hormat : Obat Jerawat