Thursday, June 4, 2009

Mungkinkah Segalanya Sempurna?

Bila aku termenung,
Terlalu banyak yang direnungkan,
Bila cuba berbicara,
Tiada siapa peduli apa yang aku katakan,
Bila aku berduka mereka kata kenapa?
Tapi aku rasa mereka cuma ada mulut celaka,

Bila aku kata aku cinta,
Mereka kata memang aku bercinta,
Bila aku sedar,
Cinta bukan senang tuk dipegang,
Bila aku cuba tuk memegang,
Cinta itu rapuh bak kaca berderai,

Bila aku cuba kata sayang,
orang yang aku sayang bagai biar aku seorang,
Bila aku kata aku benci,
Ramai pula lalat yang menghurungi,
Bila aku kata jangan,
Dia bagai pekak tuli telinganya,
Bila aku buat,
Cepat saja pujuk rayunya,
Bila mereka yang buat,
Siaplah saja diri mereka,

Bagi aku alah bisa tega biasa,
Tapi mereka kata dia bukan orangnya,
Lantaklah apa yang mereka kata,
Cuma dia salah pada caranya,

Kadang-kadang aku bosan,
Perangai yang buat aku sakit,
Disuruh ini dikata malas,
menyuruh pula harus segera dibalas,

Aku tahu aku cinta dia,
Tapi kenapa aku bagai digunakannya?
Adakah kerana malasnya aku berkerja?
Tapi aku tak meminta
,
Aku sedih kerana aku......

BAGAI TIADA SESIAPA BAGI DIRINYA......

3 comments:

joey said...

dear mr zawan

the more you think of it..the more it makes you hurt

let loose...and dont think too much bout it..

by not thinking too much..hati rasa tenang :)

Richeal Phil @ Ritz ^-^ said...

aduh, boleh buat puisi form 5 ni haha..
^-^..passing by bro!!

H.A.K.I.M.I.E said...

hye wan..erm dah bnyak kali kau bace puisi ko tu..aku suka..na ape yang tertulis bagai kena dibatang idung aku sendiri..tapi entahlah..nak dilepaskan sayang n nak disimpan sakit..n ape yang mamapu aku buat skarg hanya berdiam diri(makan hati jek)